Vitamin untuk lahirkan anak pintar

Setiap ibu bapa mesti berharap agar anak mereka pintar, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan pandai membaca. Ini kerana kecermelangan yang ditunjukkan oleh anak dalam akademik membuka peluang yang cerah untuk masa depan, baik kerjaya atau pun kehidupan. Oleh itu ianya amat penting untuk memastikan anak mendapat nutrisi yang baik dan mencukupi, bagi mengembangkan tahap intelektual mereka.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

1. Multivitamin

Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B-Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

2. Vitamin C

Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selsema yang sering menyerang kanak-kanak. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot, dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

3. Omega3

Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak “baik” yang juga dikneali sebagai asid lemak Omega3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul dan menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega3 jugak menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalan meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

4. Lecithin

Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetikolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimilikinya, terutama kesihatan otak.

5. Protein Baik

Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neuritransmittter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh, termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

Credit to: Shaklee Today (March 2013)

Set vitamin Shaklee untuk anak pintar adalah:

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>