Tips dan Petua Mudah Bersalin

Antara kegusaran yang terbesar semasa mengandung adalah mengenai proses bersalin nanti. Terutama untuk ibu yang akan bersalin buat kali pertama, antara carian utama adalah tips atau petua mudah bersalin, dan juga doa untuk mudah bersalin.

Antara petua atau tips yang popular untuk mudah bersalin adalah, air selusuh, minum air akar fatimah dan senaman berjalan di hari-hari terakhir sebelum kelahiran.

Tapi mengikut pengalaman peribadi saya, petua yang paling mustajab adalah doa kepada Allah. Betul! Ianya mudah, senang tetapi sangat berkesan, insya-Allah. Ini kerana air selusuh, akar fatimah dah sebagainya hanyalah ikhtiar kita, tapi yang mempermudahkan urusan kita hanyalah Allah sahaja. Di situlah perlunya kita berdoa kepadaNya.

Petua mudah bersalin paling mustajab

Kita hanya perlu memohon sahaja kepada Allah selepas solat akan kehendak kita, luahkan kegusaran hati kita untuk melalui proses bersalin. Mengadulah kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Mendengar. Dalam doa tu, kita perlu katakan dengan jelas dan terperinci, apa yang kita mahukan. Adakah untuk dipermudahkan proses bersalin?Adakah supaya kita dapat bersalin secara natural?

Namun begitu, doa tanpa keyakinan adalah sia-sia. Kita mesti yakin bahawa Allah akan membantu kita, maka pertolongan itu akan datang, insya-Allah. Kita harus yakin dengan bantuan Allah, seperti mana kita yakin akan kewujudanNya.

Doa Nabi Yunus

Antara doa yang paling popular adalah doa Nabi Yunus. Sesuai di baca ketika berada di dalam “labour room”. Fokuskan minda dengan berzikir, semoga insya-Allah, rasa sakit itu tidak terasa sangat.

Doa Nabi Yunus

Doa Dimudahkan Segala Urusan dan Hajat

Boleh juga di selang-seli dengan Doa Dimudahkan Segala Urusan dan Hajat, iaitu:

Rabbi Yassir Wala Tu’assir

Doa penuhnya ada di dalam gambar di bawah:

DOA DI MUDAHKAN URUSAN DAN HAJAT

Di samping itu, boleh amalkan tips atau petua mudah bersalin yang lain. Dan jangan lupa pergi ke “labour room” berbekalkan air zamzam dan kurma. =)

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

  • PM fanpage multivitamin4you
  • Call/SMS/WhatsApp 019-6656041
  • email: info@multivitamin4you.com
  • lawati: www.multivitamin4you.com

Like fanpage saya : www.facebook.com/multivitamin4you

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>