Tips Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

Perkara yang paling merisaukan buat ibu yang menyusu ketika berpuasa adalah susu yang diperah semakin berkurang. Saya sendiri mengalaminya tahun lepas, lebih-lebih lagi saya berpuasa penuh 30 hari. Antara persediaan yang saya lakukan (dan saya yakin anda yang tengah membaca entry ini juga melakukan perkara yang sama…hihi) ialah meng-google “tips berpuasa bagi ibu menyusu”.

Antara dilema ibu menyusu ketika berpuasa adalah:

  • Susu berkurang kerana badan kekurangan air di siang hari.
  • Cepat lapar, terutama selepas penyusuan / seisi perahan susu.
  • Mudah penat dan lesu, menyebabkan diri mula rasa malas untuk perah susu. Makin berkurang le susu badan.
  • Haus dek menyusu anak / memerah susu.

Betul kan? :)

Tips Berpuasa bagi ibu menyusu

1. Bersahur seperti yang disarankan oleh Islam. Jangan pula bersahur sebelum tidur ye.

2. Makan kurma ketika sahur dan berbuka. Kurma membantu menambahkan susu, dan memberi tenaga segera ketika berbuka.

3. Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan.

4. Mengambil madu kerana ia menambahkan stamina dan meningkatkan kadar serapan kalsium.

5. Banyakkan pengambilan air masak antara maghrib dan menjelang imsak.

6. Elak minuman berkafein dan berkarbonat. Ia membuatkan anda kerap ke tandas dan badan kekurangan air lebih cepat.

7. Lebihkan sesi menyusu dan perahan waktu malam. Tandem p6mping amat digalakkan.

8. Pentingkan diet yang mengandungi protein tinggi dan kalsium yang mencukupi.

9. Jangan sesekali berhenti menyusu atau memerah susu disiang hari, kerana ia membuatkan susu semakin berkurang.

10. Pertimbangkan untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet ketika berpuasa.

Wahhh..dah 10 tips berpuasa buat ibu menyusu saya kongsikan. Harap bermanfaat untuk anda semua menjalankan ibadah puasa dan terawih di bulan Ramadhan.

Ni saya nak kongsikan suplemen dari Shaklee khas buat ibu menyusu di bulan puasa.

Mighty 3 Gems.

Ianya merupakan gabungan hebat:

Energizing Soy Protein (ESP)-minuman protein berkuali tinggi, rendah glisemik dan memberi rasa kenyang berpanjangan. Ianya juga merupakan milk booster yang agak popular buat obu menyusu.

Meal Shake- minuman berperasa french vanille yang kaya dengan multivitamin dan multimineral. Pasti membantu untuk memenuhi keperluan nutrisi harian anda.

Performance Drink – membantu mengawal paras cecair di dalam badan, dan membuatkan badan kekal hidrasi ketika berpuasa.

Saya sendiri mengguna set ini sebahai sarapan pagi, dan ketika berpuasa. Almaklumlah, saya sendiri masih menyusu anak lelaki yang akan mencecah usia 2 tahun tak lama lagi. Alhamdulillah dengan set Mighty 3 Gems ni,  memang rasa kenyang dan cergas bertenaga.

Nak tahu lebih lanjut mengenai suplemen Mighty 3 Gems, boleh baca di sini.

KLIK SINI UNTUK LIST HARGA VITAMIN SHAKLEE 

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi  Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>