TIPS BERPUASA BAGI IBU MENGANDUNG

Hari tu saya dah share tips berpuasa bagi ibu yang menyusu. So kali ni, saya nak share tips berpuasa bagi ibu mengandung.  Ramadhan dah menjelma lagi insya-Allah dalam beberapa hari. Alhamdulillah, kita di panjangkan usia untuk beribadah di bulan yang mulia ini, semoga Allah permudahkan ibadah kita semua ye =)

InsyaAllah, ibu yang hamil atau yang tengah mengandung, dibolehkan untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Saya sendiri pernah berpuasa ganti ketika usia kandungan 7 bulan =). Berpuasa di bulan Ramadhan ketika mengandung tak de la pulak, sebab anak lahir mase 1 Ramadhan..hihihi tak nyempat nak merasa.

Pepehal tu sebelum berpuasa tu, seeloknya dapatkan dulu pandangan pakar sakit puan masing-masing terutama mereka yang mempunyai kehamilan berisiko. Mase check up tu tanye banyak-banyak pasal bayi, kesihatan diri kita, klu berpuasa macam mana dan sebagainya. Tentang kelonggaran untuk tidak berpuasa bagi ibu mengandung dan ibu menyusu tu, boleh rujuk kepada pakar agama ye.

Tips Berpuasa Bagi Ibu Mengandung

1. Berfikiran positif: Yakin kita mampu berpuasa walaupun tengah mengandung. Puasa adalah satu ibadah, lebih-lebih lagi apabila berpuasa di bulan Ramadhan. Insya-Allah dipermudahkan olehNya.

2.  Bersahur: Memang tak boleh skip. Lagipon kita memang dituntut untuk bersahur. Jangan pulak pegi sahur kol 1pg ye.

3.   Makanan kaya dengan fiber: Lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan fiber atau serat, seperti kurma, sayur-sayuran, oat, buah-buahan ketika bersahur dan berbuka untuk memberi rasa kenyang yang lebih lama, serta mengelakkan masalah gastrik atau pedih ulu ati.

4. Lebihkan pengambilan air masak: pastikan pengambilan air masak mencukupi, terutama di waktu malam. Bukan time berbuka je terus minum 2 L air tau..or sebelum azan tu teguk 8 gelas air. Salah cara tu ye. Pengambilan air masak seharusnya berlaku sepanjang malam, untuk menampung keperluan di siang hari.

5.  Elak minuman berkafein dan berkarbonat: Nanti asik nak membuang air kecil. Lagipon ibu mengandung tidak digalakkan untuk mengambil dua jenis air ni kan =)

6.  Kekalkan pengambilan vitamin dan supplement: Jangan stop ambil vitamin ketika berpuasa. Malah vitamin amat diperlukan sebab selalunye masa berbuka, kite makan ape yang kite rase nak makan, tanpa amik kira nutrisi yang terkandung dlm makanan tu..betul tak? Sahur plak, makan ikut ape yang ada. So time bile kite dapat penuhi keperluan nutrisi badan kita, dan juga bayi? Haa..sebab tu la vitamin amat penting masa berpuasa ni, untuk kekalkan kecergasan dan kesihatan badan kita dan juga bayi.

Baca sini untuk set vitamin bagi ibu mengandung: Set Vitamin Ibu Mengandung

7.   Monitor pergerakan bayi: Bagi mereka yang kandunganya sudah masuk trimester  ketiga, boleh monitor pergerakan bayi sepanjang hari. Jika dah dapat rasa 10 pergerakan, contohnya 10 kali tendangan, alhamdulillah, bayi anda aktif walaupon anda berpuasa. Kalau dalam masa 12 jam tapi kiraan belum sampai 10, anda dinasihatkan pergi ke klinik/hospital secepat yang mungkin.

8.    Bercakap dengan bayi: Saya gemar berbisik kepada bayi yang dikandung (mase saya berpuasa dulu la) ketika sahur. Sambil usap perut, saya cakap kat dia yang saya perlu berpuasa. Ni ibadah umi kepada Allah swt. Baby jangan risau ye, nanti baby aktif macam biasa, ok! =) Alhamdulillah, baby pon berkerjasama dengan badan saya .

SET MIGHTY 3 GEMS- BEKALAN UNTUK IBU HAMIL ATAU MENYUSU BERPUASA

Untuk kekalkan kecergasan dan mengelakkan badan dari tak cukup air, saya sangat syorkan para ibu hamil dan menyusu ambil set ini sebagai minuman untuk bersahur atau pun berbuka. Saya sendiri pon dah stock set ini untuk bekalan berpuasa saya dan seisi rumah. =)

 photo 5986a074-924c-4bbc-88e2-73921a0adc7a_zpsbc593585.jpg

Energizing Soy Protein (ESP)-minuman protein berkuali tinggi, rendah glisemik dan memberi rasa kenyang dan tenaga berpanjangan. Ianya juga merupakan milk booster yang agak popular buat ibu menyusu.

Meal Shake- minuman berperasa french vanille yang kaya dengan multivitamin dan multimineral. Pasti membantu untuk memenuhi keperluan nutrisi harian anda.

Performance Drink – membantu mengawal paras cecair di dalam badan,mengelakkan badan dari kekurangan air ketika berpuasa.

So berakhirlah tips dan petua berpuasa bagi ibu mengandung yang saya boleh kongsikan dengan anda semua. Harap bermanfaat, semoga urusan ibadah puasa, terawih dan sebagainya, dipermudahkan olehNya. Salam Ramadhan.

Nak tahu lebih lanjut mengenai suplemen Mighty 3 Gems, boleh baca di sini.

KLIK SINI UNTUK LIST HARGA VITAMIN SHAKLEE

 

KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE

dan dapatkan harga vitamin Shaklee pada harga ahli, serta peluang untuk menjana pendapatan sampingan.

 

Shaklee sudah lebih 20 tahun berada di Malaysia. Disahkan halal oleh badan yang diiktiraf oleh Jakim, malah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Diyakini selamat dan berbaloi!

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

PM fanpage multivitamin4you
Call/SMS/WhatsApp 019-6656041
email: info.vitamin4you@gmail.com
lawati: www.multivitamin4you.com
Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>