Punca susu ibu kurang dan cara mengatasi

Perkara yang paling dirisaukan oleh para ibu yang menyusu adalah apabila dirasakan susu semakin kurang. Dan antara tindakan yang selalu diambil adalah memberikan susu formula sebagai tambahan. Malangnya, ia akan menyebabkan susu semakin berkurang, kerana kurang permintaan daripada bayi. Maka kenali punca susu ibu kurang dan cara untuk mengatasinya.

Konsep asas penyusuan adalah LEBIH KERAP KITA MENGOSONGKAN PAYUDARA, LEBIH BANYAK SUSU YANG AKAN DIHASILKAN.

Antara komen atau aduan daripada ibu adalah anaknya suka mengempeng, siang malam pagi petang dok menyusu sahaja, hampir setiap jam. Sebab itu diberikan susu formula, agar anak tidur lena.

Kenapa bayi kerap menyusu? (terutama ketika dalam pantang)

Ia adalah perkara normal untuk bayi yang baru dilahirkan untuk menyusu dengan kerap. Kadar purata bagi bayi untuk menyusu pada  3 bulan pertama adalah setiap 2 jam. Ada yang kurang, di mana bayi menyusu setiap sejam. Maka jangan panik, jangan risau. Ambil peluang kekerapan tersebut untuk lahirkan ikatan mesra dengan kasih sayang dengan bayi kita.

Kalau bayi kita nampak sihat, cergas, muka tidak pucat, kulit bersih, itu tanda bayi kita cukup susu (walaupun dia kerap menyusu). Ada kalanya, dia tiba-tiba kuat menyusu dan kelihatan tidak selesa, ini mungkin kerana dia tengah mengalami Growth Spurt.

Bayi menyusu sukar tidur lena berbanding bayi susu formula

Ini bukan lah seratus peratus betul, ada kes di mana bayi yang minum susu formula sukar untuk tidur kerana proses penghadaman susu formula memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Maka perut bayi menjadi kurang selesa.

Berbeza dengan susu ibu, ianya mudah di hadam dan senang diserap oleh tubuh bayi. Ini menyebabkan bayi mudah lapar. Jadi bayi akan bangun untuk menyusu dengan lebih kerap.

susu kurang

Hormon memainkan peranan penting dalam penghasilan susu, manakala otak kita merupakan operator yang mengawasi proses penghasilan susu. Bila seseorang ibu itu kurang mengosongkan payudara (melalui penyusuan atau pam), maka otak akan menghantar isyarat kepada badan kita supaya kurangkan penghasilan susu kerana kurangnya permintaan.

Oleh itu, minda kita juga sangat memainkan peranan untuk hasilkan susu yang banyak. Bayangkan kalau kita berfikiran negatif dan berfikir anak kita tak kenyang dengan minum susu kita, apakah signal yang otak kita berikan kepada tubuh kita? Dan akibatnya, susu makin berkurang kan? Maka, berfikirlah secara positif. Sebab itulah antara punca susu kurang adalah stress dan kemurungan.

Antara faktor lain adalah kesihatan ibu yang tidak memuaskan. Hormon dah cukup, minda dah positif, tetapi tubuh badan ibu tak sihat. Tubuh kita ni kalau kat dalam kilang susu, adalah pekerja yang membuat susu. Kalau pekerja sentiasa jatuh sakit, tak sedap badan, datang kerja pon lesu je, agak-agak, produksi kilang susu tersebut meningkat ke menurun? =) Maka penjagaan kesihatan ibu sangat penting.

Itulah peranan yang dimainkan oleh vitamin Shaklee. Ianya membantu para ibu untuk kekal cergas, menguatkan antibodi, mengurangkan stress dan menyediakan badan untuk penyusuan secara ekslusif.

Lagi info mengenai penyusuan dan vitamin ibu menyusu Shaklee boleh di dapati di sini: Penyusuan Susu Ibu dan Vitamin Ibu Menyusu Shaklee

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya : www.facebook.com/multivitamin4you

 

You may also like...

1 Response

  1. November 21, 2012

    […] Promosi Bulan Ini ← Punca susu ibu kurang dan cara mengatasi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>