Perlu ke ada stok susu ibu yang banyak?

Mesti soalan seperti tajuk di atas sentiasa berlegar-legar di minda anda kan? Lebih lebih lagi bila anda bakal mendapat anak pertama. Antara soalan lain adalah: mampukah aku menghasilkan susu sebanyak orang lain?

 photo 0b274157-2baf-4ea6-890f-c1b93b57e8e6_zpsea0b652f.jpg

sumber gambar

Jawapan saya untuk soalan pertama adalah: TIDAK PERLU.

Betul. Anda tidak perlu mengejar untuk buat stok susu ibu melainkan pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa out-station, dan anda sentiasa tinggalkan bayi anak untuk tempoh masa yang lama. Dalam kes sebegitu, betul, anda memerlukan stok susu ibu yang banyak, untuk memastikan anak anda hanya menyusu dengan susu ibu.

Tetapi jika waktu kerja anda dari pukul 8pg-5ptg setiap hari, usah risau jika stok susu ibu terkumpul ketika waktu pantang adalah sedikit. Kerana anda masih ada masa untuk buat stok dengan mengekalkan jadual perahan di hari berkerja. Sebolehnya, dapatkan sekurang-kurangnya 1 botol untuk dijadikan stok, selebihnya pula digunakan untuk penyusuan bayi keesokkan harinya. Anda perlu bijak merancang stok anda, elakkan pembaziran dengan membiarkan susu-susu yang disimpan melepasi tarikh luput. Ingat, rezeki susu untuk anak adalah dari Allah, dan Allah amat tidak suka akan pembaziran.

Jika anda dapat membuat 1 botol stok susu setiap hari, jumlah stok anda akan berganda-ganda dalam beberapa bulan. Oleh itu, jangan risau, jangan patah semangat bila stok pantang anda sedikit. Anda masih ada masa untuk menambah stok anda dengan syarat kekalkan jadual perahan, sentiasa menyusu anak, jaga kesihatan dan kestabilan emosi,usaha dan doa kepada Allah.

Secara jujurnya, saya hanya menggunakan susu beku yang disimpan, agar saya dapat gilirkan susu lama dengan susu baru (agar susu lama tidak melebihi tarikh luput). Setiap hari saya hanya bekalkan 1 susu beku sahaja, selebihnya susu yang diperah pada hari sebelumnya. Saya betul-betul menggunakan susu beku ketika anak berusia 17 bulan, apabila susu yang diperah kurang dari apa yang diperlukan anak.

2. Jawapan saya untuk soalan kedua: YA, ANDA MAMPU untuk menghasilkan susu sebanyak orang lain.

Pengalaman saya: saya mula mengepam dua minggu sebelum masuk kerja. Bermula dengan beberapa titik, saya dapat hasilkan 1 oz, kemudian 2 oz, kemudian 3 oz, kemudian penuh botol, kemudian alamakk..susu dah melimpah, perlu tukar ke botol kedua! Jika semangat anda kental, insya-Allah anda berjaya menyusu anak selama dua tahun. Semua ibu boleh melakukannya!

Akhir kata, jangan mudah patah semangat. Jiwa yang kental amat perlu untuk memastikan kejayaan penyusuan anak cinta hati kita. Disamping itu, usaha dan kerajinan juga amat dituntut. Kekalkan jadual perahan, sentiasa kosongkan payudara setiap 3 jam, mengambil penggalak susu (milk booster), menjaga kesihatan diri dan emosi, dan doa kita kepada Yang Maha Esa.

Lagi info mengenai penyusuan dan vitamin ibu menyusu boleh didapati di sini:PenyusuanSet Vitamin Ibu Menyusu

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi  Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>