Pengalaman sendiri: Cabaran penyusuan

        Sejak mengandungkan anak, dan bila melihat kegigihan teman sekerja pam susu, saya bertekad untuk menyusu anak dengan susu ibu. Rata-rata laman sesawang keibubapaan menceritakan kebaikan susu ibu, malah teknik penyusuan susu ibu turut dikongsi secara terbuka.

         Siapa kata penyusuan susu ibu ini senang? Terutama bagi para ibu yang berkerja, mereka haru mencari masa untuk memerah susu, dan membuat stok EBM (expressed breast milk) agar bekalan susu ibu untuk anak tercinta tidak akan terputus.

           Cabaran pertama saya adalah untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk memerah susu di pejabat. Hari pertama saya bekerja selepas habis berpantang, saya telah memohon kepada ketua saya untuk berpindah cubicle (ke tempat yang agak tersorok) dengan alasan ingin mengepam susu. Malu?saya buang ke tepi perasaan itu, dan bos saya hanya tersenyum kambing mendengar alasan kepada permintaan saya. Lagipun dia tahu, jika dia tidak membenarkan pemindahan itu, saya akan menghilang setiap 3 jam ke bilik menyusu, dan ini akan merugikan dia sebagai bos kerana anak buahnya akan kurang efisyen.

          Untuk membolehkan saya membuat kerja pejabat sambil pengepam, saya telah membeli pam elektrik (double pumping) berserta alat yang membolehkan saya mengepam tanpa perlu memegang botol (hands-free). Owhh..saya bukan pengguna medela freestyle kerana belum berkemampuan. Pam itu pun saya beli ketika saya di dalam pantang, dua minggu sebelum masuk kerja.

           Sokongan dari suami, ibubapa dan mentua juga banyak membantu. Lega sungguh hati apabila saya balik berpantang di kampung, mama memang sangat menggalakkan saya untuk menyusu badan sambil bercerita pengalamannya menyusu adik bongsu. Umi pula asyik bercerita kisah anak kawannya yang mempunyai stok susu ibu penuh satu peti! Suami pula memberi kebenaran untuk saya mengepam di dalam pejabat  asalkan saya menjaga batas aurat. Dia turut membantu dari segi kewangan untuk membeli peralatan memerah susu seperti pam, dan botol menyimpan susu, serta sering memberi pandangan dan dorongan apabila saya mengadu perihal penyusuan.

           Dari segi pemakanan, tiada masalah, kerana saya memang penggemar sayuran hijau dan buah. Tidak lengkap pinggan nasi saya tanpa dua jenis sayur sebagai lauk. Di samping itu, saya turut membeli Set Ibu Menyusu Shaklee untuk membantu badan saya agar dapat berfungsi dengan lebih baik. Saya sering berjaga malam memandangkan anak lelaki saya sentiasa bangun menyusu setiap 2 jam. Vitamin supplemen dari Shaklee membantu saya untuk sentiasa bertenaga di siang hari, serta membantu mengukuhkan sistem imunisasi saya. Jika saya jatuh sakit, siapa yang nak jaga anak pula kan?

           Sampai sekarang, saya masih kekalkan jadual mengepam saya, iaitu setiap tiga jam (9 pagi, 1tgh dan 5 petang) setiap hari kecuali hari minggu. Tempoh mengepam pula adalah 30 minit untuk setiap sesi. Malas?Diakui memang ada perasan itu, tapi demi anak, saya rajinkan juga. Leceh? Ya..memang leceh..nak kena pasang pam, then basuh, sterilize dan keringkan..tapi saya sendiri cuba untuk keringkan hati dan tidak “berkira” sangat pasal kelecehan itu.

Insya-Allah..akan saya teruskan penyusuan anak sehingga dia berusia 2 tahun, dengan izin Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki.

Lagi info mengenai penyusuan boleh di dapati di sini: Penyusuan

Ingin ketahui SET IBU MENYUSU SHAKLEE? Boleh layari di sini: Set Ibu Menyusu

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya : Multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>