MAKANAN ORANG PANTANG BERSALIN

Akan bersalin tak lama lagi? Berpantang seorang diri, tetapi tidak tahu pemakanan orang berpantang dan apa yang perlu dimasak? Jangan panik naa. meh baca artikel “MAKANAN ORANG PANTANG BERSALIN” ni sampai habis ye.

makanan orang pantang bersalin photo broiled-salmon_zpsbec0b2cd.jpg

Berpantang secara “strict” atau pun tidak tu bergantung kepada diri masing2. Klu nak kira, wanita di barat tak de istilah berpantang ke ape. Diorang memang redah je semua. Saya ada kawan yang keguguran ketika berada di luar negara. Habis aje D&C hari ni, esok terus pegi kelas seperti biasa. Memang doktor tak de nak kasi MC, malah doktor cakap bleh kayuh basikal lagi ke kelas. Hihihi.

Berbeza dengan Malaysia, khususnya adat orang Melayu ketika berpantang, ianya agak ketat, dari segi pemakanan dan apa yang boleh dan tak boleh dibuat. Dari segi ilmiahnya, saya tidak pasti adakah wajar kita mengikuti semua peraturan ketika berpantang, tetapi bagi saya yang berpantang dengan ibu sendiri, mendengar kata ibu adalah yang terbaik selagi ianya selari dengan Islam, sebagai tanda hormat kita kepada dia yang menjaga kita. Lagipon, dari segi kesihatan, mungkin sekarang belum nampak kesannya, tetapi bila dah berusia nanti, akan rasa sakit di sana sini. Wanita di barat tidak peduli akan hal itu, sebab orang-orang tua di sana memang gemar jumpa doktor dan makan ubat serta supplement. Hihihihi

So camne tu makanan orang pantang bersalin?

1) Makanan yang berkhasiat. Walaupun terdapat beberapa kelompok makanan yang harus dipantang (mengikut orang tua kita), tetapi cuba “khasiat”kan makanan harian ketika dalam pantang. Jangan makan nasi dengan ikan kering je, or nasi dengan lada hitam je. Kesian badan kita, ia perlukan zat dan mineral untuk sembuhkan luka dalaman kita.

2) Makanan yang berfiber tinggi. Mengapa perlu fiber?Sebab ibu yang baru lepas bersalin dan mendapat jahitan epsitomy cenderung untuk rasa takut membuang air besar. Malahan, luka epsitomy mengambil masa seminggu dua untuk sembuh, semestinya agak risau jahitan tu terbuka semula. Selalunya doktor akan membekalkan Duphalac untuk melembutkan najis. Selain itu, ibu boleh minum air masak secukupnya, serta mengambil makanan yang tinggi serat seperti oat dan buah-buahan.

3) Vitamin dan supplement. owh jangan pandang remeh keperluan vitamin dan supplement untuk ibu yang baru lepas bersalin. Sebenarnyer, kita digalakkan untuk teruskan vitamin yang kita ambil ketika mengandung selepas bersalin.

Lada hitam dan halia selalunya menjadi bahan utam dalam setiap masakan. Sebabnya, tanak kasi badan ibu berangin. Malah , lada hitam dan halia ni boleh buat badan kita panas. Nyaman je rase. =)

So antara hidangan yang sesuai adalah:

  • Daging dan ikan masak lada hitam. (perap daging atau ikan dengan lada hitam, bawang putih kemudiannya bakar. Best tau!)
  • Daging dan ikan masak halia
  • Sup ikan merah (my fav!)
  • Sup sayur lada hitam
  • Kerabu pegaga. (pegaga sangat elok untuk ibu menyusu kerana boleh jadi milk booster)

Nanti saya share resepi di entry berikutnya ya!

Klu perasan, tade saya letak ayam dalam contoh hidangan kan? Sebabnya, ianya antara makanan yang di pantang. Tetapi bergantung kepada masing-masing. Saya dulu pantang makan sup ayam. Opss :D

Berikut adalah antara makanan yang dilarang untuk orang pantang bersalin:

  • Ayam
  • Makanan laut
  • Sebilangan ikan yang boleh menyebabkan kegatalan.
  • Telur
  • Sebilangan sayur dan buah yang boleh sebabkan angin dalam badan.
  • Minuman sejuk dan berais.
  • Minuman berkaffein  (yang ni sebenarnye takde dalam list, tapi saya tambah sebab minuman berkaffein boleh mengurangkan susu ibu. So pantang je la ye :) )

Jom baca info yang anda perlu tahu mengenai Set Ibu Berpantang : KLIK SINI UNTUK SET IBU BERPANTANG SHAKLEE

Testimoni pengguna vitamin Shaklee di sini: Testimoni

 

KLIK SINI UNTUK LIST HARGA VITAMIN SHAKLEE

 

KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE

dan dapatkan harga vitamin Shaklee pada harga ahli, serta peluang untuk menjana pendapatan sampingan.

 

Shaklee sudah lebih 20 tahun berada di Malaysia. Disahkan halal oleh badan yang diiktiraf oleh Jakim, malah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Diyakini selamat dan berbaloi!

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

PM fanpage multivitamin4you
Call/SMS/WhatsApp 019-6656041
email: info.vitamin4you@gmail.com
lawati: www.multivitamin4you.com
Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>