Kenapa vitamin ibu menyusu shaklee menjadi pujaan ramai termasuk saya

Sebagai seorang ibu menyusu, perkara yang paling kerap digoogle adalah vitamin ibu menyusu dan cara tambah susu. Ini kerana kita risau susu tidak cukup untuk anak. Walaupun 1 oz yang menurun, kita dah panik, kan? =)

Dalam kes saya, saya bukan mencari apa yang boleh tambah susu. Saya memang betul-betul mencari vitamin untuk ibu menyusu. Ini kerana, sebaik sahaja saya masuk kerja, badan memang terlampau penat, sakit badan, lemah badan. Lagipun anak lelaki saya memang kuat menyusu, Hampir setiap dua jam dia bangun setiap malam. Dan kadang-kadang, ada masa dia suka berjaga malam. Berborak-borak sampai ke subuh.

 Di pejabat, saya sentiasa mengantuk. Di dalam perjalanan pergi dan balik ke pejabat juga saya sentiasa tidur. Hi hi, saya mempunyai keistimewaan untuk car pool bersama suami ke pejabat =)

Satu lagi masalah adalah kulit dan rambut. Kulit memang tak cantek (ok sebelum mengandung memang tak cantik sgt pon..hahah), nampak kusam je, mata pula lebam macam panda. Mungkin hormon yang tidak stabil ketika itu yang menyebabkan saya berperasaan demikian. Tetapi perihal rambut, ianya gugur seperti musim luruh di london.sayu.

Maka, di dalam kepala saya, satu sahaja cara untuk mengatasi masalah yang dialami. Iaitu vitamin! Pakcik google sangat membantu dalam memberikan info-info yang berkaitan. Selepas meminta pendapat kawan sepejabat, saya mencuba trial pack Vitamin Ibu Menyusu Shaklee yang paling asas yang mengandungi Vitamin B-Complex, Alfalfa, Vita-Lea dan Vitamin C. Trial pack ini untuk kegunaan sebulan. Ketika itu, saya belum jadi member Shaklee tau. Hanya berstatus sebagai pengguna biasa =)

Alhamdulillah, it works wonders! Saya mendapat balik “tenaga” saya seperti dahulu, dah masih mampu bangun malam untuk menyusu anak. Ketika itu, saya belum menyusu anak sambil baring tau! Memang betul2 bangun, ribakan anak dan menyusu =)

Kulit muka pula, orang kata lagi berseri, boleh? hihi Jangan kata saya perasan tau, orang lain yang cakap =)

Sekarang saya mencuba ESP, hasilnya, susu yang diperah tampak pekat! Saya sepatutnya mengamalkan minum ESP sejak dari dulu lagi!

 Vitamin Ibu menyusu Shaklee + ESP akan sentiasa berada di tangan saya. Bila saya ada anak, barulah saya sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan diri sendiri. Kalau saya sakit, siapa nak jaga anak? Saya masih tetap gagahkan diri untuk menyusu dia setiap malam. Lagi pun, jika anak terkena selsema akibat daripada jangkitan saya, runtun hati bila dengar dia bernafas dengan sukar. Kesian betul.

Lagi info mengenai Penyusuan dan Vitamin Ibu Menyusu Shaklee boleh di dapati di sini: Penyusuan , Set Ibu Menyusu

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya : www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>