Kenapa tidak berjaya menyusu anak selama 2 tahun?

Alhamdulillah, makin ramai para ibu yang bercita-cita untuk menyusu anak masing-masing. Saya sungguh gembira mengikuti perkembangan ini. Ketika mengandungkan anak, semangat dah meluap-luap, setiap peralatan wajib untuk menjayakan penyusuan juga sudah dibeli. Namun, ramai juga yang kecundang dan berhenti separuh jalan.

Oleh itu, saya nak share serba sedikit info, yang saya kenal pasti yang boleh menggagalkan penyusuan. Info yang saya share adalah bersandarkan pengalaman saya. Alhamdulillah, saya masih dapat menyusu anak yang berusia di kala ini 20 bulan.

1. Perkara yang paling sukar untuk dikekalkan ketika tempoh penyusuan anak adalah semangat kental dan cekal. Bagi saya, ini adalah perkara yang paling penting. Cuba jawab soalan-soalan ini:

  • adakah anda sanggup untuk kekalkan jadual pump setiap hari?
  • adakah anda sanggup pump di pejabat, sekurang-kurangnya 3 kali sehari?
  • adakah anda sanggup untuk kosongkan payudara setiap 3 jam (melalui pumping/direct feeding)?
  • adakah anda sanggup ke bilik menyusu ketika tengah sronok bershopping?

Jika anda mampu menjawab ya untuk persoalan di atas, insya-Allah panjang perjalanan penyusuan untuk anak anda. Menyusu anak untuk jangka masa yang lama bukannye perkara yang senang, ianya memerlukan banyak pengorbanan di pihak ibu. Yang paling penting, perlu rajin untuk pump dan kekalkan jadual pump. Kalau keluar ke shopping mall, alhamdulillah, sudah ada nursering room/baby’s room untuk kita menyusukan anak. Paling tidak, boleh buat NIP (nursing in public). Tiada yang patut dimalukan dengan NIP, asalkan kita tahu menjaga batas dan aurat kita, dengan pertolongan dan support dari suami, insya-Allah anda dapat NIP.

2. Kita juga sering terlihat gambar-gambar hasil perahan para ibu yang lain. Gambar tersebut adalah bertujuan untuk memberi galakan kepada kita, tetapi tidak perlu untuk kita bandingkan hasil perahan kita dengan mereka. Di awal penyusuan, seminggu selepas kelahiran anak, adalah normal jika hasil perahan kita hanya beberapa titik. Saya juga mengalami hal sebegitu, akan tetapi sampai sekarang, saya juga masih menyusu anak saya. Maka jangan mudah berputus asa. Dengan pump yang konsisten, hasil perahan bertitik-titik itu akan memenuhi kedua-dua botol!

3. Hanya bergantung kepada milk booster dan vitamin Shaklee juga tidak akan menjayakan proses penyusuan. Ramai ibu yang menghubungi saya untuk membeli set ibu menyusu Shaklee, tetapi saya akan bertanyakan terlebih dahulu mengenai jadual pump, jadual penyusuan, dan kenapa dia nak beli set ibu menyusu. Rata-rata menjawab sebab susu sikit atau susu kurang. Bila tanya pump berapa kali?Sekali je. Dalam kes sebegini, maaf, memang saya tidak dapat bantu. Jika dia makan set Shaklee dengan konsisten pun, masih tidak dapat menyelesaikan masalah susu sikit atau susu kurang. Konsep Supply vs. Demand adalah kunci utama untuk menjayakan penyusuan anda, dan milk booster serta vitamin Shaklee membantu untuk melancarkan penyusuan. Bayangkan kita seperti kereta, dan vitamin Shaklee adalah minyak pelincir. Tanpa kunci, kereta tidak boleh bergerak kan? Dan tanpa vitamin Shaklee, mungkin perjalanan kereta tidak selancar seperti yang diinginkan.

Tiada jalan pantas untuk menjayakan penyusaan anak cinta hati kita! Ia memerlukan semangat dan dedikasi. Ia memerlukan masa dan “rajin” kita untuk sentiasa pump dan kekalkan jadual pump. Ia memerlukan kesihatan diri kita dan kestabilan emosi kita. Ia memerlukan usaha kita dengan pengambilan milk booster yang bersesuai. Ia juga memerlukan doa kita kepada Allah swt.

Kombinasi semua elemen yang saya sebut di atas, insya-Allah akan membantu penyusuan anak sehingga 2 tahun.

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi  Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>