Kenapa anti oksidan sangat PENTING untuk masalah kulit muka?

Saban hari, kita sentiasa mendengar tentang anti oksidan, terutama dalam produk penjagaan kulit, tetapi adakah kita betul-betul faham apakah keperluan sebenar antioksidan untuk masalah kulit muka?

Anti oksidan adalah molekul yang menghalang pengoksidaan (kehilangan oksigen apabila dua molekul berinteraksi). Memahami bagaimana anti oksidan ini boleh memberi manfaat kepada kulit kita adalah sangat penting. Sebelum itu, perlu kita ketahui bahawa proses pengoksidaan berlaku disebabkan oleh radikal bebas.  Antioksidan dengan sangat ketara dapat  melambatkan dan menghalang proses pengoksidaan ini. Dalam erti kata lain, antioksidan berada di sana untuk melindungi dan membaiki badan kita daripada radikal-radikal bebas.

Radikal bebas adalah molekul yang tidak seimbang yang akhirnya menyebabkan kulit menjadi radang dan merosakkan sel-sel kulit kita. Beberapa faktor yang menyebabkan ini adalah rokok, matahari, alkohol, pencemaran di udara, dan tekanan.

antioksidan melawan radikal bebas

Bukti penyelidikan-penyelidikan menunjukkan terdapat hubungan antara antioksidan dan vitamin di mana jiga ianya digunakan secara dalaman dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan.  Ia menunjukkan bahawa ini membantu untuk mengurangkan garis-garis kedutan, melindungi daripada kerosakan matahari dan juga memperbaiki penampilan kulit. Antara antioksidan adalah termasuk vitamin C, vitamin E, Selenium, Beta karotena, Alfa Lipoik asid, koenzim Q10, asid retinoic, flavonoid, dan Vitamin B.

Beta karotena, Vitamin C dan Vitamin E melindungi kulit anda terhadap kerosakan dari matahari. Antioksidan sebenarnya boleh membantu untuk mengurangkan perubahan warna dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan. Beta karotena, vitamin C dan Vitamin E   meningkatkan kelajuan sistem pembaikan kulit di samping mencegah kerosakan selanjutnya kepada kulit.

Kerana sebab itulah, untuk sesiapa yang mempunyai masalah kulit muka, dan ingin memperbaiki kesihatan kulit agar lebih sihat dan cantik, anda amat disyorkan untuk mengambil vitamin yang kaya dengan anti oksidan:

Dan jika mempunyai budget lebih, apa salahnya mencuba Shaklee Collagen
Powder. Tentu puas hati! =)

Lagi info mengenai masalah kulit boleh di dapati di sini: Masalah Kulit

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>