Kekal menyusu selama 2 tahun cara saya!

Saya menerima beberapa email bertanyakan bagaimana saya dapat kekalkan menyusu anak yang sudah berusia 20 bulan. Lagi 4 bulan untuk penuhkan kewajipan saya sebagai ibu. Alhamdulillah, pujian selayaknya kepada Allah yang Maha Memberi Rezeki. Saya hanya berusaha, yang membenarkan perkara ini berlaku hanyalah Dia.

Oleh itu saya ingin kongsikan usaha-usaha yang telah saya lakukan, semoga ramai ibu dapat mengambil manfaat daripadanya:

1. Sentiasa kosongkan payudara.

Ini adalah “golden rule” saya. Sentiasa kosongkan payudara samada dengan perahan atau “direct feeding”. Kalau berada di rumah, saya hanya bergantung kepada keperluan anak, dan anak pula kerap menyusu. Setiap dua jam/3 jam lebih kurang. Kalau saya keluar bersama keluarga, saya akan pastikan penyusuan anak tidak terganggu. Oleh itu saya sentiasa pergi ke “nursing room” atau pun mengamalkan “nursing in public” NIP.

2. Kekalkan jadual perahan saya di pejabat.

Sebagai ibu yang berkerja, saya perlu untuk membuat seisi perahan ketika waktu kerja. Jadual saya senang sahaja, iaitu pada pukul 9pg, 12tgh hari dan 3 petang. Kadang-kadang memang ada rasa timbul malas, tapi saya cekalkan hati demi anak. Jika saya tetinggal satu seisi perahan saya, saya tahu kuantiti susu yang diperah pada hari tersebut akan berkurang, maka kuranglah susu untuk anak. Kesan yang paling teruk, penghasilan susu badan pun menurun.

3. Mengambil alfalfa complex selepas seisi perahan.

Alfalfa complex dari Shaklee terkenal sebagai “milk booster”. Oleh itu saya mengambilnya setiap kali habis seisi perahan, untuk membantu badan saya dalam menghasilkan susu. Yang paling best adalah, alfalfa complex membantu proses penghadaman dan melawaskan. Maka berat badan pon senang nak turun. =)

4. Menjaga kesihatan fizikal dan emosi.

Kesihatan badan kita ni memainkan peranan dalam keupayaan badan kita menghasilkan susu. Cuba tengok bila kite letih, penat, stress, demam, badan rasa lemah, berapakah jumlah perahan susu kita? Sedikit bukan? Dismaping menjaga pemakanan dan bersukan, saya mengambil vitamin-vitamin Shaklee seperti vita-lea, bcomplex dan vitamin c. Lagipun, perkara yang paling saya cuba elakkan adalah untuk terkena batuk dan selsema. Kerana ianya akan berjangkit kepada anak. Saya sakit takpe, tapi bile tengok anak tak boleh tidur, sukar nak menyusu kerana batuk dan selsema. Rasa bersalah terus hinggap di hati.

5. Minum ESP setiap pagi.

Yang ini adalah kegemaran saya! Energizing soy protein atau ESP. Minuman wajib saya setiap pagi, dan juga milk booster kegemaran. Cara minum saya, letak 2 sudu besar milo ke dalam shaker, bancuh dengan air panas (sehingga milo larut), letak air kosong sampai 2/3 daripada tinggi shaker, baru letak 1 scoop ESP, then Shake-Shake and Shake. Kenapa saya suka ESP? sbb ianya memberi rasa kenyang, sgt membantu untuk menurunkan berat badan. Dengan ESP, saya boleh mengambil sarapan yang ringan sahaja. ESP juga milk booster saya. Gabungan dengan pengambilan alfalfa complex, susu yg diperah bertambah 1oz lebih kurang. Tak banyak, tetapi sangat bernilai untuk saya. ESP juga memberi kesihatan kulit terutama kulit muka dan membantu menangani masalah keguguran rambut selepas kelahiran anak. Senang citer, ESP memang menjadi pilihan saya.

6. Minum air masak 2L (minimum)

Saya sentiasa memastikan pengambilan air yang cukup kerana jika badan saya kekurangan air (dehydrated), penghasilan susu akan terganggu. Cara saya senang sahaja, saya menggunakan bekas air yang boleh diisi lebih dari 1L air. Ketika di pejabat, saya akan pastikan saya minum sampai habis air di dalam bekas tadi sebelum tengah hari, dan sebelum pulang. Maka saya dah berjaya minum 2L air ketika di pejabat. Mudah bukan! =)

7. Doa yang tidak putus kepada Allah

Jangan sesekali tinggalkan doa kita kepada Allah. Usaha adalah dari kita, tapi yang membenarkan sesuatu perkara itu berlaku hanyalah Allah.

8. Istiqamah dalam perkara 1,2,3,4,5,6,7

Tujuh perkara yang saya kongsi di atas sentiasa menjadi amalan saya. Istiqamah. Ianya sangat penting

So, itulah cara saya untuk kekal penyusuan anak saya sampai sekarang. Jika ada persoalan, boleh email saya ye. Jangan segan. Saya memang suka kongsi sebarang info mengenai penyusuan.

Berminat dengan vitamin Shaklee? Boleh juga menghubungi saya. Insya-Allah saya akan bantu anda dalam penyusuan, dan bantu anda dengan cara pengambilan vitamin yang betul. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>