Kebaikan Vitamin C Organik

Vitamin C atau juga dikenali sebagai asid askorbik merupakan antara vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ianya merupakan vitamin yang larut air, oleh itu badan kita tidak boleh menyimpan vitamin C di dalam badan. Disebabkan itu, badan kita hanya dapat memperolehi vitamin C hanya dari makanan yang dimakan, seperti buahan sitrus, brokoli dan tomato.

Kebaikan Vitamin C ?

Kebaikan Vitamin C untuk tubuh badan kita adalah sangat banyak untuk disenaraikan. Antara kebaikan vitamin C adalah:
  •  Ianya perlu untuk membaiki tisu-tisu di dalam tubuh badan. Ia juga membantu badan kita untuk  menghasilkan kolagen (awet muda).
  • Vitamin C adalah antioksidan. Antioksidan adalah amat penting untuk menghalang radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan DNA kita. Pengumpulan radikal bebas di dalam badan boleh mempercepatkan proses penuaan dan juga boleh mengakibatkan kanser dan sakit jantung.
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan dan sistem imunisasi tubuh badan kita. Pasti anda pernah dengar pepatah ” An apple a day, keep a doctor a way” atau nasihat seperti ” Kalau nak elakkan demam, makan buah limau setiap hari”.
Antara tanda kekurangan vitamin C :
  • rambut kering dan bercabang
  • gingivitis dan gusi berdarah
  • kulit kering dan kasar
  • luka lambat sembuh
  • senang mendapat lebam
  • hidung berdarah
Siapa yang perlu Vitamin C?
  • Orang yang kuat merokok kerana asap merokok merendahkan kuantiti vitamin C di dalam badan
  • Orang yang mempunyai sistem imunisasi rendah (sentiasa demam, selsema, batuk)
  • Orang yang mempunyai masalah kulit
  • Ibu yang menyusu
  • Ibu yang dalam pantang
  • Orang yang mengamalkan diet tidak seimbang
Selain daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, kita jugak digalakkan untuk mengambil pil suplemen vitamin C.
Kelebihan Sustained Release Vita C Shaklee.
Vitamin C adalah vitamin yang larut air, oleh itu pengambilan suplemen vitamin C perlu di buat 2-3 kali sehari, untuk memastikan tubuh kita mendapat kuantiti vitamin C yang secukupnya. Harus ingat, vitamin C yang berlebihan akan dibuang melalui sistem perkumuhan (badan kita tidak menyimpan vitamin C  yang berlebihan)

 

Kelebihan dan keunikan Vitamin C Shaklee adalah kerana ia “sustained released” iaitu ianya akan dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam tubuh kita dalam jangka masa 5 jam. Dengan itu, vitamin C yang ditelan akan memberi manfaat sepenuhnya kepada badan kita.

Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids. Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai  di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu badan kita menyerap vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada teroksida.

Tambahan lagi, vitamin C Shaklee merupakan vitamin organik semulajadi (bukan sintetik) dan halal. Ianya tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tambahan. Vitamin C Shaklee dijamin selamat dan berkesan, insya-Allah.

Untuk kanak-kanak, Shaklee menyediakan:

Lagi info mengenai Vitamin C boleh di dapati di sini: Vitamin C Shaklee

Harga:  Hubungi saya untuk ketahui harga istimewanya.

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

You may also like...

1 Response

  1. November 14, 2012

    […] dan kelebihan vitamin C Shaklee ini boleh didapati dengan membace entry ini: Kebaikan Vitamin C Organik  atau Cara menghilangkan jerawat dengan vitamin C dan vitamin E untuk kulit […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>