Fahami kebaikan vitamin terhadap penyusuan susu ibu

penyusuan susu ibu

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu aptah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya, setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit-birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat maafat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara ekslusif disarankan sehingga bayi berusia 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Nutrient yang diperlukan oleh ibu menyusu

Senarai dibawah adalah saranan nutrient yang pelu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

Multivitamin

Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mengcukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping mengalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein

Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalan membina dan  mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Para ibu disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitamin C

Satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusi bayi secara ekslusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C [1]. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang kuat.

Vitamin B-Kompleks

Vitamin B-Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B-Kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.

Kalsium

40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Ibu yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3

Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak [2]. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung [3] apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti ganguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD)[4] atau autisme.

Alfalfa

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin k, A, B1. B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional uintuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Rujukan:

[1]http://ajcn.nutition.org/content/40/5/1050.abstract

[2] http://www.dhaomega3.org/Life-Stages/Lactation

[3] http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18403927

[4] Stevens L, Zentall S, Deck J, Abate M, Watkins B, Lipp S, Burgess J. “Essential fatty acid metabolism in boys with attention-deficit hyperactivity disorder” Am J Clin Nutr 1995, 62, 76-8

Lagi info mengenai penyusuan dan vitamin ibu menyusu boleh didapati di sini: Penyusuan, Set Ibu Menyusu

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>