Cukupkah kalsium untuk bekalan hari tua anda?


Kalsium selalu di kenali sebagai “makanan” untuk tulang dan gigi kita. Dan antara penyakit yang sering dikaitkan dengan kekurangan kalsium adalah osteoporosis atau tulang reput yang selalu digambarkan berlaku ketika usia tua. Oleh kerana itu, ramai di antara kita kurang mengambil berat akan kepentingan mineral ini, memandangkan masalah kekurangan mineral ini tidak berlaku ketika usia muda.

Di dalam tubuh badan kita, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi dan menghalang tulang reput. Antara peranan lain yang dimainkan oleh mineral ini adalah membantu pengecutan otot jantung, melegakan pedih ulu hati dan membantu penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah. Antara makanan yang kaya dengan kalsium adalah susu dan hasil tenusu, sayuran hijau, kekacang dan ikan salmon

Untuk menjalankan tugasnya dengan baik, kehadiran kalsium di dalam darah sentiasa diperlukan. Kekurangan paras level kalsium di dalam darah akan menyebabkan tubuh kita bertindak untuk “menggali” kalsium dari peti simpanannya; iaitu tulang. Jika ini sentiasa berlaku, lama kelamaan kandungan kalsium di dalam tulang akan berkurangan, maka risiko osteoporosis akan meningkat.

Penyerapan kalsium secara maksimum oleh badan berlaku sebelum seseorang itu mencecah usia 35 tahun. Adalah itu amat wajar bagi kita untuk mengambil berat pemngambilan kalsium dari usia masih muda, untuk bekalan kita di hari tua! .

Bagi golongan dewasa, jumlah harian kalsium yang diperlukan adalah  secara puratanya 1000mg. Jumlah ini meningkat untuk ibu mengandung (sekitar 1200mg -1300mg), ibu menyusu dan warga tua.  Kuantiti itu amat tinggi, dan percayalah, walaupun dengan diet yang seimbang, 1000mg kalsium amat sukar dicapai.

Ini kerana kalsium mempunyai “sahabat rapat” tersendiri iaitu magnesium.  Magnesium merupakan mineral kedua terpenting di dalam tubuh badan kita selepas kalsium. Selain dari menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, kehadiran magnesium dapat membantu penyerapan kalsium ke dalam tubuh badan kita dan menghalang endapan kalsium yang boleh menbahayakan tubuh kita.

Dikalangan vitamin, Vitamin D juga turut membantu badan kita untuk menyerap kalsium secara optimum. Vitamin D boleh diperolehi secara percuma dengan berjemur di bawah sinar matahari pagi. Namun ramai yang tidak dapat manfaatinya kerana sibuk bersiap untuk ke tempat kerja setiap pagi.

Oleh itu, mengambil supplemen kalsium amat disarankan untuk menampung keperluan tubuh badan kita dan mengelak masalah tulang reput di hari tua. Namun begitu, apabila memilih supplemen kalsium, pilihlah supplemen kalsium yang mengandungi magnesium dan Vitamin D.  Kombinasi kalsium-magnesium pula boleh membantu kita untuk tidur dengan lebih baik.

Tahukah anda:

1. OsteMatrix Shaklee merupakan supplemen kalsium yang mempunyai vitamin D dan magnesium
2. 1 tablet OsteMatrix Shaklee = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

Lagi info mengenai Ostematrix boleh didapati di sini: Ostematrix

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>