CARA PILIH AVOKADO UNTUK BAYI YANG ANDA PERLU TAHU

Avokado adalah antara makanan awal yang boleh diberi kepada bayi apabila berusia 6 bulan. Malah avokado terkenal sebagai makanan semulajadi yang sangat lengkap dan teramat lah sesuai untuk bayi. Nak tahu kenapa? Continue baca artikel ni sampai abis ye :)

Apabila si manja dah mencecah 6 bulan, mak-mak semua excited dan mula mengoogle resepi-resepi untuk si manja. Saya salah seorangnya, walaupun untuk anak kedua. Dan semestinya saya mahu bagi makanan yang terbaik untuk anak saya. Makanan pertama yang sangat selalu diperkenalkan oleh mak-mak di Malaysia adalah pisang dan juga bubur nasi. Betul tak? Haa..sebenarnya ada lagi makanan lain yang bagus dan sangat elok sebenarnya, iaitu avokado.

Avokado ini sangat bagus, sampaikan ianya dikatakan makanan yang mengandungi semua keperluan kita untuk survive. “Perfect food” katanya. Malah, ianya mengandungi lemak bagus atau lemak baik (bukan yang jahat ye)  yang sangat penting untuk pertumbuhan dan juga untuk perkembangan otak dan sistem saraf. Malah ianya sangat kaya dengan nutrisi. Jom check apa yang ada dalam avokado ni:

VITAMINS: (one cup pureed)

  • Vitamin A – 338 IUVitamin C – 20.2 mg
  • Vitamin B1 (thiamine) – .2 mg
  • Vitamin B2 (riboflavin) – .3 mg
  • Niacin – 3.9 mg
  • Folate – 205 mg
  • Pantothenic Acid – 3.3 mg
  • Vitamin B6 – .6 mg
  • Contains some other vitamins in small amounts.

MINERALS: (one medium)

  • Potassium – 1166 mg
  • Phosphorus – 124 mg
  • Magnesium – 67 mg
  • Calcium – 30 mg
  • Sodium – 18 mg
  • Iron – 1.4 mg
  • Also contains small amounts of selenium, manganese, copper and zinc.

Sumber: http://wholesomebabyfood.momtastic.com/avocadobabyfoodrecipes.htm#8KjOihgW3OvmiPsy.99

Jadi, semestinya saya nak cuba avokado sebagai makanan pertama untuk anak. MASALAHNYA, saya tak pernah makan avokado!! (tarik rambut) Dan semestinya saya tak tahu cara nak pilih avokado yang sesuai untuk bayi. ::facepalm:: Jujurnya,  dua kali saya beli avokado yang keras, belum masak, dan tak boleh dilenyek untuk dibuat puree. T-T Maka, sebelum pembelian yang ke-3, saya google dulu. :) :) :)

Jadi sini saya nak share cara pilih avokado untuk bayi yang perlu anda tahu, agar tak jadi seperti saya.

1. Tengok warna kulit avokado tu.

Klu saya, dalam minda selalu set macam ni ” green is good”. Jadi saya pilih yang warna hijau paling cantik. Dan ianya SALAH sama sekali. Avokado yang berwarna hijau adalah yang belum masak. Avokado yang masak yang sesuai untuk dibuat puree adalah berwarna coklat gelap. Macam warna hitam pon ada jugak. Bleh rujuk gambar kat bawah ni.

 photo 19403fa9-d5b4-4e36-87ba-33d2da4f18a5_zpspgcif5tq.jpg

 

Ingat ye, untuk kes avokado ” dark brown is good”. Bukan hijau ye.  :D :D

2. Tengok kat hujung muncung avokado.

Kalau kat situ warna kuning cantik, avokado tu dah masak dan sesuai di makan. Tapi pastikan juga kulitnye warna coklat gelap ye.

 photo 0c8860d9-5708-4756-ab40-c8c913bc65df_zpsljopadzz.jpg

 

 

Bile dah siap pilih dan beli avokado, bleh le balik rumah, potong, buang kulit dan biji, dan lenyek2. Boleh tambah  susu untuk cairkan, atau campur bersama pisang yang sudah dilenyek. Memang lemak berkrim.

 

KLIK SINI UNTUK LIST HARGA VITAMIN SHAKLEE

KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE

dan dapatkan harga vitamin Shaklee pada harga ahli, serta peluang untuk menjana pendapatan sampingan.

Amy@Multivitamin4you (ID 910361)

PM di Facebook (KLIK SINI)
Call/SMS/WhatsApp 019-6656041
email: info.vitamin4you@gmail.com

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya.

Shaklee sudah lebih 20 tahun berada di Malaysia. Disahkan halal oleh badan yang diiktiraf oleh Jakim, malah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Diyakini selamat dan berbaloi!

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

www.multivitamin4you.com

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>