Cara penyimpanan susu ibu yang diperah, EBM

Sebagai seorang ibu menyusu dan tahu kebaikan susu ibu, kita mesti tertanya-tanya bagaimanakah cara penyimpanan susu ibu. Bagaimana pula penyimpanan susu perahan ibu atau EBM, di dalam cooler bag bagi ibu yang bekerja? Di sini, ingin saya kongsikan tips bagaimana cara penyimpanan susu ibu.
Susu ibu mengandungi sel-sel hidup yang menguatkan antibodi bayi, oleh itu susu ibu yang diperah, perlu disimpan di bawah suhu sejuk. Jika suhu peti sejuk anda adalah rendah dari 4 celcius, susu yang di simpan di dalam peti sejuk boleh bertahan selama 5 hari. Namun jika anda tidak yakin atau tidak tahu dengan suhu peti sejuk anda, lebih baik jika EBM, tadi di gunakan dalam masa 3 hari. Lebih daripada tempoh ini, ianya harus dibekukan di dalam freezer (bahagian dingin beku).
Terdapat 3 jenis freezer. Yang pertama adalah freezer untuk peti sejuk satu pintu (ditunjuk oleh anak panah merah di dalam gambar di bawah). Untuk freezer jenis ini, EBM beku boleh bertahan selama 2 minggu sahaja.

Freezer jenis kedua adalah tempat dingin beku yang terdapat dalam peti sejuk dua pintu. Jika EBM beku disimpan di dalam freezer ini, ia dapat bertahan selama 3 bulan.

Freezer yang ketiga adalah “deep freezer”, peti khas untuk penyimpanan dingin beku. EBM yang di simpan di sini boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan.

Bagi ibu yang bekerja, dan memerah susu ibu di pejabat, susu tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk (bahagian chiller jika ada) buat sementara waktu. Jika tiada peti sejuk di pejabat, cooler bag boleh digunakan. Cooler bag boleh dibeli di kedai-kedai menjual barangan bayi dan penyusuan susu ibu. Cooler bag selalunya dijual bersama dengan icepacks.
Tips pembelian cooler bag:
  •  Belilah cooler bag yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 6 botol. Ini kerana, anda akan mengepam sekurang-kurangnya 3 kali sehari di pejabat ( 9pg, 12tgh, 3ptg). Dengan itu 6 botol akan digunakan untuk memerah susu ibu. Maka pastikan cooler bag yang dibeli boleh mengisi 6 botol.
  •  Pilih icepacks yang dijual bersama cooler bags yang bolehbertahan selama yang mungkin. Cooler bags yang paling tahan lama saya pernah jumpa adalah 16 jam. Sesuai untuk ibu yang berkerja jauh dari rumah, dan terpaksa meredah traffic jam.
Sebaik sahaja sampai di rumah, EBM yang di simpan di dalam cooler bag tadi hendaklah di masukkah terus di dalam peti sejuk. Letakkan EBM atau susu ibu yang diperah tadi di bahagian belakang di bahagian chiller (rujuk gambar peti sejuk dua pintu) kerana ianya tempat yang paling sejuk di dalam peti sejuk. Jangan letakkan EBM di paras pintu peti sejuk.
Lagi info mengenai penyusuan boleh di dapati di sini: Penyusuan Susu Ibu
Ingin tahu set ibu menyusu yang sesuai untuk buat stok EBM yang banyak? Boleh baca di sini: Set Ibu Menyusu
Harga: Hubungi saya untuk mengetahui harga istimewanya.

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

You may also like...

5 Responses

  1. hotmum says:

    thanks for sharing…

  2. Amy Shaklee says:

    u r the most welcome hotmum =)

  3. khalishahmie says:

    Assalam… Sy nak bertanya… Susu yg telah diperah tapi tak simpan dlm peti sejuk.. Tahan berapa lama? Maksud sy susu yg on the spot perah dan bagi kat anak minum.. Susu yg telah dicairkan dan dipanaskan tahan brapa lama pula?
    Setelah mmbc entry ini..sy dpti cara saya salah krn tlah memanaskn ebm berulang kali krn stock yg byk dlm satu paket…
    Ada kata nasihat tak utk sy?

  1. November 26, 2012

    […] Susu ibu yang di simpan di dalam peti sejuk (tidak dibekukan) boleh di guna dalam tempoh 4 -5 hari. Selepas itu, ianya harus di simpan di dalam peti sejuk beku untuk melanjutkan tempoh penggunaan kepada 3 bulan atau 6 bulan (deep freezer). Cara penyimpanan susu ibu yang di perah atau EBM boleh di dapati di sini: Cara penyimpanan EBM […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>