Cara memanaskan susu EBM atau susu ibu yang diperah

Susu ibu adalah makanan dan minuman semulajadi untuk bayi, terutaman bayi yang berusia kurang dari 6 bulan. Tiada makanan tambahan (seperti nestum) atau air masak diperlukan oleh bayi berusia bawah 6 bulan. Malah, pemberian makanan tambahan seperti nestum, boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan bayi. Ini kerana sistem pengkumuhan bayi masih belum matang untuk memproses makanan tersebut.

Apabila susu ibu diperah dan dibiarkan seketika, ianya akan membentuk lapisan. Lapisan atas kelihatan lemak berkrim, manakala lapisan bawah kelihatan sedikit cair. Keadaan ini normal kerana lemak di dalam susu akan naik ke atas. Ianya selamat diminum, dan untuk mengembalikan dua lapisan tadi kepada satu lapisan, goyang secara lembut botol yang mengandungi susu tadi. Jangan menggoncangnya dengan kuat kerana ia boleh memusnahkan sel-sel hidup di dalam susu.

Susu ibu yang di simpan di dalam peti sejuk (tidak dibekukan) boleh di guna dalam tempoh 4 -5 hari. Selepas itu, ianya harus di simpan di dalam peti sejuk beku untuk melanjutkan tempoh penggunaan kepada 3 bulan atau 6 bulan (deep freezer). Cara penyimpanan susu ibu yang di perah atau EBM boleh di dapati di sini: Cara penyimpanan EBM

Cara memanaskan susu EBM SEJUK

Untuk panaskan susu EBM yang di simpan di dalam peti sejuk (tidak dibekukan),  rendam botol yang berisi EBM di dalam air panas (bukan air mendidih) selama beberapa minit. Uji tahap kepanasan susu dengan menitikkannya ke atas tangan. Jangan biarkan EBM terlalu panas atau pada suhu didih, kerana ia boleh merosakkan nutrien yang terkandung di dalam susu. EBM sejuk juga tidak boleh dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Cara yang paling mudah dan pantas adalah dengan menggunakan pemanas susu (warmer).

CARA MEMANASKAN SUSU EBM BEKU

Susu EBM beku perlu dicairkan terlebih dulu dengan membiarkan ia mencair di dalam peti sejuk . Proses pencairan ini selalunya memakan masa 12 jam. Oleh itu, jika susu EBM beku itu hendak digunakan pada keesokan harinya, ianya perlu di pindah ke peti sejuk biasa terlebih dahulu. Jangan biarkan ia mencair di suhu bilik (biarkan terdedah di luar peti sejuk). Jika ingin menggunakan susu EBM beku dengan segera, lalukan ia di bawah pili air sehingga ia mencair. Apabila sudah cair, susu EBM tadi boleh dipanaskan seperti susu EBM sejuk biasa.

Susu EBM beku yang sudah cair boleh bertahan selama 24 jam (dari saat ia diturunkan dari peti sejuk beku untuk proses pencairan). Lebih dari tempoh ini, ianya perlu dibuang. Susu EBM beku yang sudah cair tidak boleh dibekukan semula.

Susu ibu hanya boleh dipanaskan sekali sahaja, dan tidak boleh dipanaskan berulang kali. Baki susu yg sudah dipanaskan perlu dibuang  apabila sudah tampat tempoh penggunaanya.

Lagi info mengenai penyusuan boleh di dapati di sini: Penyusuan

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>