Bayi kurang minum susu ibu?

Di awal kelahiran, para ibu selalu gusar adakah bayi mereka cukup atau tidak minum susu, dan sentiasa persoalkan cukupkah susu yang dihasilkan dan sering mencari cara tambah susu ibu.

Ada pula yang kurang beryakinan, lalu disuakan susu formula. Malangnya, jika ianya diteruskan, lambat laun, memang susu ibu akan kurang.

Untuk menghilangkan kegusaran para ibu, di sini saya sertakan cara untuk mengetahui sama ada bayi yang disusukan itu minum susu yang secukupnya atau tidak.

Cara mengetahui bayi cukup minum susu

1. Catatkan kekerapan anda menukar lampin bayi dalam masa  24 jam. Sepatutnya paling minimum adalah 6 kali.

2. Air kencing bayi berwarna jernih dan tidak berbau

3. Bayi menyusu 8 sehingga 10 kali dalam masa 24 jam pada minggu-minggu pertama kelahiran.

4. Payudara lebih lembut selepas penyusuan (tanda payudara sudah dikosongkan)

5. Kulit bayi berasa tegang, dan akan memantul balik selepas dipicit.

6. Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.

Jika bayi anda mempunyai tanda-tanda di atas, usah risau jika dia masih kerap menyusu. Bayi anda memang minum susu yang secukupnya. Kenapa dia kerap menyusu? Kerana susu ibu senang di hadam, oleh itu bayi mudah terasa lapar. Ulasan lanjut mengenai kenapa bayi kerap menyusu boleh di baca di sini: Punca susu ibu kurang dan cara mengatasi

Tanda-tanda bayi tidak mendapatkan susu secukupnya

Antara perkara yang memberi petunjuk bahawa bayi anda tidak cukup minum susu adalah:

1. Tiada pertambahan berat bayi dalam masa dua minggu, atau berat bayi tidak kembali kepada berat asal (jika ada penurunan berat)

2. Payudara tidak lembut selepas penyusuan.

3. Bayi meragam, merengek dan tampak lesu

4. Semasa penyusuan, pipi bayi anda lenkung dan bayi menyusu sambil mengeluarkan bunyi ( tanda masalah latching. sila dapatkan nasihat pakar untuk latch dengan betul)

5. Kurang kencing (jumlah penukaran lampin kurang dari 6 kali)

6. Kulit bayi tetap berkerut selepas minggu pertama

Hubungi doktor pakar kanak-kanak jika anda mendapati bayi anda mempunyai masalah seperti di atas.

Jika anda masih gusar akan kuantiti susu yang di hasilkan, anda boleh mencuba vitamin ibu menyusu Shaklee, yang boleh membantu dalam penjagaan kesihatan ibu dan merupakan salah satu cara untuk tambah susu. Ianya mungkin satu penyelesaian untuk masalah kurang susu yang anda alami.

Lagi info mengenai penyusuan dan vitamin ibu menyusu Shaklee boleh di dapati di sini:Penyusuan Susu Ibu dan Vitamin Ibu Menyusu Shaklee

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>