Atasi masalah keguguran rambut


Masalah rambut samada gugur, kering, kusam atau putus dialami oleh lelaki dan wanita. Masalah yang paling kritikal adalah keguguran rambut, terutama di kalangan lelaki, kerana seperti wanita, rambut juga merupakan mahkota untuk lelaki. Secara puratanya, rambut akan gugur secara normal setiap hari pada kadar anggaran 100-120 helai. Jika rambut anda gugur lebih daripada itu, anda mungkin mempunyai masalah rambut gugur.

Terdapat perlbagai punca yang menjadi penyebab kepada keguguran rambut yang banyak. Antaranya adalah:

  • Tekanan perasan atau jiwa (runsing, tidak cukup tidur)
  • Kekurangan nutrisi
  • Penggunaan bahan kimia yang keterlaluan

Untuk mengatasi masalah ini, anda disyorkan untuk sentiasa beriadah (lebih baik bersama keluarga tersayang) untuk mngurangkan tekanan perasaan anda. Ianya juga membantu anda untuk melupakan seketika masalah yang membebankan jiwa anda, serta membantu untuk “meletihkan” anggota badan agar anda senang mendapat tidur yang lena.

Anda juga dinasihati supaya mengamalkan diet yang seimbang. Ini kerana vitamin dan mineral merupakan “makanan” kepada rambut anda. Jika rambut anda “tak cukup makan”, maka layulah ia, dan akhirnya terkulai jatuh ke lantai. Antara vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan rambut adalah:

  • Protein dan zat besi : untuk rambut tumbuh lebih kuat dan lebat
  • Lemak Omega-3, zat besi dan vitamin B-12 : untuk kesihatan kulit kepala
  • Vitamin A, Vitamin C, zat besi dan kalsium : menggalakkan penghasilan sebum oleh folikel rambut dan berfungsi sebagai pelembab semulajadi
  • Zink : memperkuatkan akar rambut  dan mengelakkan rambut gugur

Penggunaan bahan kimia yang keterlaluan juga sepatutnya dihentikan atau dilimitkan untuk mengatasi masalah rambut gugur. Bahan kimia yang dimaksudkan antaranya adalah “mouse”, bahan perwarna untuk rambut dan semburan rambut. Aplikasi teknik seperti “bleaching” atau pemutihan rambut, rebonding atau meluruskan rambut, dan mengkerintingkan rambut juga menyumbang kepada keguguran rambut.

Untuk pengguna Shaklee, memandangkan pola pemakanan harian kita tidak pernah melengkapkan keperluan nutrisi badan kita, anda disarankan untuk mengambil vitamin supplemen berikut:

  • Energizing Soy Protein
  • B-Complex
  • Vita-C
  • Vita-Lea Iron Formula
  • Zinc Complex

Harga:  Hubungi saya untuk ketahui harga istimewanya.

Lagi info mengenai Masalah Rambut  boleh didapati di sini: Masalah Rambut

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>