10 perkara yang patut kita tahu mengenai kulit!

1. Produk botani?

Tumbuhan botani amat berguna dalam industri farmasetik, terutama untuk produk penjagaan kulit, disebabkan oleh tumbuhan mempunyai keupayaan untuk mengubat dan terapi.

Contohnya, tumbuhan botani yang kaya dengan beta-karotena boleh meningkatkan kualiti dan kesihatan kulit kita. Namun pastikan, produk yang berasaskan tumbuhan botani sepatutnya mempunyai warna, kerana tumbuhan botani mempunyai warna semulajadi. Jika produk yang dikatakan berasaskan botani, tetapi berwarna putih, sila abaikan dengan segera. Ini kerana, satu sahaja cara untuk produk tersebut menjadi warna putih, iaitu melalui proses kimia!

2. Urutan muka

Jangan pandang remeh akan urutan di muka, kerana urutan di muka dapat merangsang sel untuk menghasilkan kolagen semulajadi, dan mengembalikan keanjalan kulit yang hilang akibat usia.

3. PEnuaan bermula pada usia 20-an

Ya, proses penuaan pada kulit kita bermula ketika kita berusia 20-an! Oleh itu jangan tunggu sehingga umur kita 40-an untuk menggunakan produk anti-penuaan. Bermulalah dari sekarang!

Kadar proses penuaan yang berlaku ketika usia 20-an adalah sama apabila usia kita mencecah 40-an.  Oleh itu, dengan mengambil langkah pencegahan dari awal (dengan menggunakan produk anti-penuaan dan kesihatan kulit), kita dapat mencegah kehilangan kolagen semulajadi dan tanda penuaan yang lain seperti kedutan.

4. Kebersihan tangan

Jangan sesekali menyapu mekap, menggunakan produk penjagaan kulit, atau menyentuh muka selagi tangan belum dibersih terlebih dahulu. Ini kerana, tangan kita membawa berbilion bakteria, dan bakteria merupakan penyebab utama kepada masalah kulit muka.

5. Pembukaan liang pori

Liang pori yang tertutup menyebabkan kurang penyerapan oleh produk penjagaan yang dipakai. Oleh itu, di waktu malam, sebelum menyapu mana-mana produk penjagaan kulit, adalah amat digalakkan untuk membuka liang pori muka terlebih dahulu. Hanya rendam kain bersih di dalam air panas, dan kemudian letak ke muka, dan biarkan ia seketika. Selepas itu, barulah letak serum atau moisturizer.

6. Muka kita semakin mengecil!

Apabila usia kita meningkat, jisim tulang kita semakin berkurang, dan tulang muka kita tidak terkecuali! Betul, kajian menunjukkan muka kita mengecil apabila kita semakin tua.

Oleh itu pengambilan supplement kalsium adalah amat penting untuk menyokong struktur muka kita. Lagi cepat kita dapat mencegah osteoporosis dengan mengambil kalsium adalah lagi bagus. Ia dapat menghalang muka kita dari kelihatan cengkung dan tua!

7. Produk penjagaan kulit yang selalu diabaikan- VITAMIN!

Vitamin memberi banyak kebaikan kepada badan, dengan pelbagai cara. Salah satu produk penjagaan kulit yang wajib dimiliki oleh setiap wanita adalah vitamin yang berkualiti tinggi. Ini kerana, kulit merupakan tanda sama ada badan kita cukup nutrisi atau tidak.  Dan dengan peningkatan usia, pastikan vitamin anda mengandungi antioksidan dan asid lemak omega-3!

8. Muka mengeleber?

Pernah dengan mengenai senaman muka? Ha lakukannya setiap hari, sekurang-kurangnya senyum, kerana ia membantu menganjalkan kulit muka. Ini kerana, muka kita mempunyai otot, dan otot yang sihat membantu menaikkan seri muka kita!

9. Lembabkan kulit muka

Letakkan pelembab kulit lebih daripada apa yang kita rasa seperti mencukupi, kerana selalunya ianya memang tidak cukup! Waktu terbaik adalah dengan menyapu pelembab kulit ketika kulit masih lembab kerana produk yang disapu akan memerangkap kelembapan semulajadi kulit kita. Dan jangan lupa lembapkan kulit kita dari dalam dengan minum air masak yang banyak! Sekurang-kurangnya 2L sehari!.

10. Petua dari zaman dahulu kala

Orang selalu cakap timun yang sejuk amat sesuai untuk letak di mata bagi mengurangkan eyebag atau pun kesan mata panda. Ianya benar sama sekali! Sebenarnya, banyak produk penjagaan mata di pasaran yang berharga amat mahal, menggunakan ekstrak dari timun sebagai salah satu bahan dalam produk tersebut.

Lagi info mengenai masalah kulit boleh di dapati di sini: Masalah Kulit

Untuk penjagaan kesihatan kulit yang optimum, bolehlah mengambil vitamin-vitamin berikut:

Ingin tahu yang mana bersesuaian dengan anda? Hubungi saya untuk konsultasi percuma =)

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi dan organik Shaklee? Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:

Like fanpage saya :www.facebook.com/multivitamin4you

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>